Tuesday, August 26, 2014

Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

(TMP-JPK)

Mengenai TMP-JPK

TMP telah diwujudkan di bawah Akta Acara Kewangan 1957 dalam tahun 1985 bertujuan membantu koperasi dalam penyediaan dana untuk melaksanakan projek yang berdaya maju.


Siapa Yang Layak Memohon

Semua koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 (Akta 502) yang diselia oleh SKM layak memohon.

Syarat Kelayakan Memohon

Syarat-syarat permohonan adalah:

i. Koperasi berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia;

ii. Koperasi telah didaftarkan tidak kurang daripada 18 bulan dan akaunnya telah diaudit;

iii. Projek yang akan dilaksanakan adalah berdaya maju (viable);

iv. Pentadbiran dan pengurusan koperasi mematuhi Akta Koperasi 1993, Peraturan-peraturan Koperasi 1995 dan Undang-undang Kecil Koperasi;

v. Pengurusan perakaunan adalah teratur dan dikemaskini dan penyata kewangan semasa telah diaudit dan;

vi. Projek yang akan dibiayai memberi manfaat kepada anggota-anggota dan koperasi.


Jenis-Jenis Pinjaman/ Pembiayaan


i. Modal Pusingan
a. Pengguna;
b. Pekerja-pekerja kontrak;
c. Perkhidmatan;
d. Ar-Rahnu/ Kredit.

ii. Pembangunan Hartanah
a. Pinjaman Sementara (Bridging Finance);
b. Bayaran Premium;
c. Kos Pembangunan.

iii. Pemilikan Harta
a. Membeli Tanah/ Bangunan/ Kilang;
b. Ubah suai/ baik pulih;
c. Pembinaan bangunan.

iv. Pengangkutan (Pembelian Kenderaan)
v. Asas Tani
vi. Pertanian
vii. Perindustrian
viii. Mesin/ Jentera

Pembiayaan/ Pinjaman Yang Ditawarkan
Bil. Jenis Pembiayaan Jumlah Pembiayaan Tempoh
Pembiayaan
(Maks. Tahun)
1. Tanpa Cagaran ≤ RM50,000 5
2. Bercagar RM50,001 ≤ RM10 juta 20


Kriteria Permohonan Yang Dipertimbangkan
i. Untuk membiayai projek ekonomi yang dilaksanakan dan dimajukan oleh koperasi sendiri.
ii. Wang pembiayaan hendaklah digunakan bagi tujuan seperti mana yang diluluskan.
iii. Sebarang perubahan tujuan penggunaan perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah TMP terlebih dahulu.


Kriteria Permohonan Yang Tidak Dipertimbangkan
i. Permohonan pembiayaan untuk membiayai projek yang dilaksanakan oleh anak syarikat koperasi, atau pihak lain.
ii. Permohonan pembiayaan untuk tujuan pelaburan dalam saham.
iii. Permohonan pembiayaan untuk membiayai projek yang bertentangan dengan Hukum Syariah.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia Tawar Tabung Modal Pusingan


KUALA LUMPUR 1 Mei - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berkata, hanya sejumlah 7.5 peratus atau 613 daripada 8,300 koperasi di seluruh Malaysia pasif, kata Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Md. Yusof Samsuddin.Beliau berkata, jumlah itu amat kecil dan tidak membimbangkan.

Md. Yusof berkata, pihaknya berusaha memulihkan koperasi yang pasif itu melalui beberapa langkah agresif.

Katanya: ''Salah satu langkahnya yang dilakukan adalah melakukan pemeriksaan usaha wajar (DDE) terhadap mereka untuk menilai kedudukan kewangan dan pengurusan koperasi. Ia penting sebagai usaha mengatasi sebarang kelemahan dan seterusnya memberikan penarafan kepada koperasi.

''DDE telah menyumbang kepada pembangunan kapasiti yang mana beberapa koperasi dipulihkan semula melalui pelantikan pentadbir atau perunding.

''Selain menggunakan kaedah DDE, bagi membantu koperasi yang tidak aktif ini, SKM menawarkan khidmat nasihat, bimbingan dan latihan kepada Anggota Lembaga Koperasi (ALK). Di samping itu, SKM menawarkan bantuan kewangan kepada koperasi yang layak,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Sehingga Mac lalu, sebanyak 8,300 koperasi berdaftar dengan SKM.

Md. Yusof menjelaskan tiga punca sesebuah koperasi menjadi pasif iaitu tadbir urus yang tidak cekap, tiada perniagaan atau aktiviti dan kekurangan modal.

Oleh sebab itu, SKM telah menawarkan bantuan dalam bentuk nasihat dan bimbingan serta bantuan pinjaman kepada koperasi-koperasi bermasalah.

Katanya, SKM menawarkan Tabung Modal Pusingan (TMP) kepada koperasi-koperasi yang memerlukan.

Pada tahun lalu, sebanyak RM118 juta telah diagihkan kepada 167 koperasi sehingga 31 Disember tahun lalu.

Menurut Md. Yusof, kadar faedah yang ditawarkan juga rendah iaitu dua hingga enam peratus daripada nilai pinjaman.

''Pinjaman telah meningkat setiap tahun sejak 2008, sekali gus menunjukkan perkembangan yang baik dalam industri koperasi dan ia berada di landasan yang betul,'' katanya.

Beliau menambah, pinjaman tidak berbayar (NPL) SKM setakat 31 Disember 2011 juga terkawal iaitu 8.6 peratus.

Katanya, kerajaan telah memperuntukkan geran pinjaman berjumlah RM120 juta melalui SKM untuk diagih-agihkan pada sepanjang tahun ini dan sehingga Mac lalu, RM60 juta telahpun dikeluarkan.

Sejak 1985, sebanyak RM796.9 juta nilai pinjaman telah diluluskan dengan RM421 juta baki pinjaman perlu dikutip semula.

Monday, August 25, 2014

SMART STREAM PETROL STATION

ARKIB : 24/04/2012

Petrol Smart terkenal di luar bandar

BERA 23 April - Smart Stream Resources Sdn. Bhd. (SSRSB), sebuah syarikat pembekalan minyak petrol dan diesel mungkin nama yang asing bagi mereka yang menggunakan bahan bakar kenderaan dari jenama syarikat bertaraf antarabangsa yang mendominasikan bekalan petroleum di negara ini.
Bagaimanapun, penduduk luar bandar terutamanya di tanah rancangan Felda dan Felcra, minyak petroleum jenama Smart sudah tidak asing lagi kerana ia menjadi sumber bekalan kepada mereka menerusi stesen minyak yang dikendalikan oleh koperasi peneroka dan peserta Felcra.
Menurut Pengarah Urusannya, Mohd. Khairuddin Saimon, SSRSB yang ditubuhkan pada 2003 adalah syarikat yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi membekalkan minyak di kawasan tanah rancangan Felda dan Felcra.
Katanya, penubuhan syarikat itu bertujuan mengatasi masalah ketiadaan bekalan bahan bakar di kawasan luar bandar kerana tidak wujud stesen minyak utama seperti Shell, Petronas, Esso, Mobil dan Caltex berikutan permintaan yang sedikit.
''Bagi mengatasi masalah itu, kerajaan melalui kementerian tersebut melantik beberapa syarikat membekalkan bahan api itu kepada penduduk luar bandar dan SSRSB diberi tanggungjawab memenuhi petrol dan diesel di luar bandar.
''Kami mendapat bekalan tersebut daripada minyak utama dunia, Exxon melalui anak syarikatnya di negara ini iaitu Esso (M) Berhad," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian stesen minyak mini Smart dan kedai Koop 1Malaysia oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Felda Purun dekat sini, semalam.
Jelasnya, selain membekalkan bahan petroleum termasuk minyak pelincir kereta dan motosikal, SSRSB turut menjadi jururunding, pemaju dan membuat reka bentuk serta membina stesen minyak mini.
Katanya, setakat ini syarikatnya telah membina 52 stesen minyak mini di seluruh negara dan 39 stesen minyak itu di miliki dan diusahakan oleh koperasi dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
"Sebelum kehadiran SSRSB, kebanyakan stesen minyak itu dijalankan oleh koperasi setempat tetapi kurang terurus dan keadaannya daif serta tidak mendapat kelulusan berkaitan Akta Pembangunan Petroleum, lesen runcit dan timbang sukat.
"Setelah stesen minyak berkenaan dinaik taraf dan penjenamaan semula oleh SSRSB, ia bukan sahaja kelihatan ceria dan menarik, malah jualan petroleum meningkat antara 20 hingga 50 peratus dan menyumbang pendapatan tahunan koperasi antara 40 hingga 60 peratus," katanya.
Katanya, sehingga kini 26 stesen minyak mini jenama Smart dinaik taraf dengan dilengkapi kedai serbaneka yang dikenali sebagai 'S' mart, koop mart dan kemudahan bayaran bil setempat.
''Dengan adanya kemudahan seperti itu, penduduk luar bandar mendapat manfaat yang amat besar tanpa perlu bersusah payah ke bandar yang jauh bagi mengisi minyak sambil mengurus bayaran bil dan pengeluaran wang di stesen minyak tersebut," katanya.

Industri Sawit di Malaysia



Sawit atau nama saintifiknya Elaeis Guineesis sebenarnya berasal dari Afrika Selatan.

Pada tahun 1848, empat anak benih tanaman sawit telah dibawa dari Afrika dan ditanam di Taman Botani Bogor, Indonesia. Pada tahun 1880-an, benih ini kemudiannya telah dibawa ke Deli, Sumatera untuk ditanam sebagai tanaman hiasan. Pada tahun 1911, benih ini kemudiannya dibawa ke Rantau Panjang, Kuala Selangor, juga untuk dijadikan tanaman hiasan.


Sejarah awal industri sawit di Malaysia bermula pada tahun 1917, apabila benih kelapa sawit Dura (tempurung tebal) dari Rantau Panjang, Selangor mula ditanam di Ladang Tenmaran, Kuala Selangor. Dengan melakukan beberapa kaedah penyelidikan dan memahami pewarisan bentuk buah kelapa sawit, penanaman komersial daripada baka Dura kepada baka kacukan Dura x Pisifiera (DxP) mula dijalankan. Buah Pisifera adalah buah sawit yang tidak mempunyai tempurung, dan dikenali sebagai buah mandul betina iaitu bunga betina yang sepatutnya berkembang menjadi buah dan tandan akan gugur sebelum matang. Baka kacukan DxP menghasilkan buah tanera (kelapa sawit yang mempunyai tempurung nipis). Pokok kelapa sawit yang menggunakan baka jenis DxP adalah lebih rendah dan tandannya sangat besar. Banyak kelebihannya apabila baka jenis DxP ini ditanam. Pertama, disebabkan ia rendah daripada baka Dura, ia memudahkan pekerja ladang untuk memetik buah kelapa sawit. Kedua, lebih banyak pokok kelapa sawit dapat ditanam dalam satu hektar tanah kerana sifat pokok itu yang lebih rendah dan yang ketiga, kerana sifat tempurungnya yang nipis, maka ia menghasilkan minyak yang banyak.


Kini, jika kita tinjau ladang kelapa sawit yang terdapat di Malaysia, kebanyakannya telah di dominasi dengan pokok kelapa sawit jenis DxP.


Penanaman Sawit Di Malaysia


Penanaman kelapa sawit di Malaysia telah diperkenalkan oleh kerajaan bertujuan untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan penduduk luar bandar. Pada tahun 1960-an, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah membuka tanah-tanah baru untuk diteroka dan dijadikan ladang kelapa sawit. Pembangunan dalam industri kelapa sawit amat memberangsangkan dengan penekanan diberikan kepada penyelidikan bagi menghasilkan kaedah baru dalam teknologi penanaman, penghasilan benih yang berkualiti dan penghasilan produk-produk baru berasaskan kelapa sawit. Kerajaan telah menubuhkan beberapa agensi yang bertanggungjawab ke atas perkara berkaitan tanaman sawit ini. Jabatan Pertanian Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1912, ditugaskan untuk melaksanakan dasar-dasar pertanian yang telah digariskan oleh kerajaan. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pula ditubuhkan untuk mengkordinasi pembukaan tanah-tanah baru manakala Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) pula berfungsi untuk memberi tumpuan yang lebih besar dalam usaha-usaha pembangunan dan penyelidikan (R&D) seterusnya meningkatkan pengeluaran. Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pula memainkan peranan penting dalam usaha mempromosi dan memperkenalkan faedah dan penggunaan minyak kelapa sawit di mata dunia.


Sebagai pengeksport minyak kelapa sawit yang terbesar di dunia, Malaysia pastinya memiliki formula kejayaan tersendiri untuk memperbanyakkan hasil menerusi usaha pembiakbakaan yang efektif. Dengan memperkenalkan program pembiakbakaan sawit, peningkatan hasil minyak sawit, kualiti minyak dan kadar ketinggian pokok dikaji dan kajian terhadap daya tahan perosak dan penyakit juga dilakukan.


Sedikit statistik yang dikeluarkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia tentang tanaman kelapa sawit di Malaysia menunjukkan:-


Terdapat seluas 4,853,766 hektar tanaman kelapa sawit di Malaysia pada tahun 2010 berbanding cuma 642,00 hektar direkodkan pada tahun 1975.


Bilangan ladang kelapa sawit pula mencatat angka 4,370 pada tahun 2010 berbanding 690 pada tahun 1975.


Pada tahun 2011, sebanyak 18.91 juta tan minyak sawit mentah telah dihasilkan, iaitu 11.3% lebih tinggi jika dibandingkan dengan pengeluaran pada tahun 2010.


Negara tembok besar China merupakan negara pengimport utama minyak sawit mentah negara kita. Pada tahun 2010, kadar eksport ke negara China adalah sebanyak 11.37 juta tan atau 68.2% daripada eksport minyak sawit Malaysia untuk tahun 2010.


Jika dilihat ketika berlakunya krisis kewangan dunia pada tahun 1997/1998, industri sawit telah mampu menyelamatkan ekonomi negara. Pada ketika itu, industri sawit telah dapat kekal berdaya saing dan telah memainkan peranan sebagai penyelamat ekonomi negara. Permintaan terhadap minyak sawit mentah dan produk berkaitannya terus kukuh walaupun keadaan ekonomi pada ketika itu tidak stabil.


Kemampuan negara dalam memenuhi kehendak pasaran dunia juga amat bergantung kepada produktiviti pengusaha ladang kelapa sawit yang mana kebanyakannya adalah pekebun kecil atau peneroka. Walau bagaimanapun, produktiviti sawit bergantung kepada usia tanaman itu. Bagi memastikan keberkesanan dalam pengeluaran hasil yang lebih tinggi, peneroka ladang kelapa sawit telah disarankan supaya melakukan penanaman semula ke atas pokok-pokok sawit yang sudah berusia lebih 20 tahun.


Kegunaan


Siapa sangka 80% daripada minyak sawit yang dihasilkan di Malaysia digunakan sebagai produk makanan manakala selebihnya digunakan dalam pembuatan produk makanan. Terdapat 3 bahan utama yang dihasilkan daripada buah kelapa sawit yang telah diproses di kilang. Bahan-bahan itu ialah:-


Isirung kelapa sawit – Digunakan sebagai bahan makanan untuk ternakan. Setelah diproses ia juga boleh dijadikan bahan serbuk pencuci dan asid lemak


Minyak isirung kelapa sawit – Terlalu banyak kegunaan minyak isirung kelapa sawit antaranya seperti diproses untuk membuat marjerin, lemak makanan dan aiskrim. Penggunaan minyak isirung kelapa sawit dalam pembuatan aiskrim menjadikan ia lebih lembut dan gebu, serta tidak mudah rosak. Ia juga boleh diproses untuk dijadikan bahan sabun pencuci, asid lemak, bahan untuk alat solek, minyak gris, minyak pelincir, lilin dan ubat-ubatan.


Minyak sawit mentah – Paling sesuai untuk membuat makanan seperti marjerin dan lelemak makanan. Adunan minyak sawit dan minyak isirung sawit juga telah terbukti dapat menghasilkan produk krimer bukan berasaskan tenusu. Produk krimer berasaskan minyak sawit terbukti dapat bertahan lebih lama malahan rasanya lebih enak! Jangan tak percaya minyak sawit mentah juga boleh diproses untuk dijadikan serbuk santan kelapa. Serbuk santan ini lebih berkhasiat kerana ia mengandungi kandungan lemak tepu yang rendah. Rasanya juga lebih sedap dan tidak mudah basi.


Cabaran Dalam Penanaman Kelapa Sawit


Walaupun Malaysia sudah tercatat sebagai negara pengeluar utama minyak sawit dunia, tetapi tidak semestinya gelaran itu akan kekal bersama kita selama-lamanya. Ternyata terdapat banyak halangan yang perlu dihadapi oleh negara untuk terus kekal sebagai peneraju dalam pengeluaran minyak sawit dunia.


Permintaan dunia terhadap minyak sawit mentah adalah tidak stabil menyebabkan harganya turun naik. Sekatan tarif dan bukan tarif yang bertujuan untuk mengehadkan penembusan pasaran tempatan, seperti yang dilakukan oleh Kesatuan Eropah, memberi impak kepada harga pasaran minyak sawit.


Persaingan. Seperti yang diketahui umum, Malaysia bukanlah satu-satunya negara pengeluar minyak sawit dunia, malah negara-negara di selatan Amerika dan benua Afrika turut menanam pokok kelapa sawit untuk mendapatkan minyaknya. Oleh itu, Malaysia terpaksa bersaing dengan negara-negara pengeksport minyak sawit. Negara pengimport pula berpeluang untuk membuat pilihan dan memilih negara yang menawarkan kualiti minyak yang terbaik untuk menjadi pembekal minyak sawit ke negara mereka.


Pada hujung abad ke-20, kumpulan penyokong alam sekitar dan pengguna di Eropah dan Amerika Syarikat telah melancarkan kempen anti minyak sawit. Kempen ini dilancarkan oleh kumpulan ini atas dakwaan bahawa lemak tepu minyak sawit meningkatkan paras kolesterol darah seterusnya menjadi salah satu punca penyakit jantung. Minyak sawit juga didakwa sebagai salah satu ejen penyakit kanser. Kumpulan ini kemudiannya mencadangkan alternatif untuk menukar penggunaan minyak kelapa sawit kepada minyak kacang soya dan bunga matahari. Kumpulan penyokong alam sekitar ini juga mendakwa penebangan hutan bagi tanaman sawit mencabul hak asasi manusia di samping memusnahkan habitat orang utan. Namun begitu, dengan berbekalkan bukti-bukti kukuh yang diperoleh daripada penyelidikan yang dijalankan oleh PORIM, negara kita mampu menangkis serangan berkenaan. Kesan buruk kempen yang dijalankan oleh negara-negara pengeluar minyak sayuran tersebut tidak menjejaskan pasaran dan permintaan daripada negara-negara pengeksport minyak sawit yang sudah lama berdagang dengan negara kita.


Kenaikan dalam kos pengeluaran, bahan api dan upah menyebabkan kos pengeluaran minyak ini menjadi semakin meningkat. Malaysia juga menghadapi masalah kekurangan kilang pemprosesan. Buah-buah kelapa sawit ini terpaksa dihantar ke kilang yang paling dekat, menyebabkan mutu minyaknya berkurangan kerana buahnya lambat diproses. Ladang-ladang juga mengalami masalah kekurangan tenaga pekerja tempatan, dan masih banyak bergantung kepada buruh asing bagi kerja-kerja penuaian, penjagaan am dan penyelenggaraan ladang kelapa sawit. Pekerja tempatan kurang berminat untuk bekerja di ladang kelapa sawit atas sebab kos upah yang murah dan kerja yang memenatkan.


Selain itu, Malaysia juga menghadapi masalah tanah yang terhad untuk penanaman kelapa sawit dan hanya bergantung kepada kawasan perladangan sawit yang sedia ada.


Ladang kelapa sawit juga tidak terlepas daripada serangan serangga seperti kumbang badak dan penyakit ganodermayang menjadi ancaman kepada industri. Serangan secara besar-besaran mampu menggugat pengeluaran minyak sawit kerana pokok kelapa sawit yang diserang musnah sama sekali. Di samping itu, faktor cuaca juga turut memainkan peranan penting dalam menentukan pengeluaran minyak sawit. Cuaca panas dan kemarau serta berjerebu akan turut mendatangkan kesan buruk kepada pokok kelapa sawit.


Kesimpulan


Sebagai rakyat Malaysia, kita wajar mensyukuri dan mempromosi industri sawit negara ke tahap yang sepatutnya, agar dapat terus kukuh dan berdaya saing di arena antarabangsa. Dengan adanya pengurusan yang bijak seperti FELDA dan agensi yang bertanggungjawab ke atas perkara berkaitan dengan tanaman ini, diharap akan dapat membantu menangani cabaran yang ada seterusnya menghasilkan produk yang bermutu dan hasil tuaian yang dapat memenuhi permintaan dunia. Aktiviti-aktivit kajian dan penyelidikan (R&D) perlu ditingkatkan untuk menghasilkan penemuan baharu dalam bidang, memastikan kualiti minyak sawit adalah pada tahap yang tertinggi dan mempelbagaikan penggunaan sawit itu sendiri. Ini seterusnya dapat memastikan negara kita kekal sebagai pengeluar utama minyak sawit dunia.






Industri minyak sawit adalah salah satu cerita kejayaan negara kita, Malaysia. Tanpa industri sawit, rakyat Malaysia akan kehilangan salah satu sumber penting pendapatan negara dan seterusnya ekonomi negara kita mungkin akan dilanda krisis ekonomi.




Sejarah Penanaman Getah Di Malaysia


pokok getah
Getah (Hevea Brazilliensis) berasal dari negara Brazil. Pada tahun 1876, pemerintah Inggeris bernama Mr. H.A. Wickham telah membawa 70,000 biji benih getah ke Royal Botanic Garden di England. Biji-biji getah ini kemudiannya ditanam di Sri Lanka, Jawa dan Singapore Botanic Garden sebelum dibawa masuk ke Kuala Kangsar oleh Mr. H.H. Ridley. Biji-biji getah ini kemudiannya diedarkan untuk ditanam di seluruh Semenanjung Tanah Melayu, Borneo dan beberapa negara Asia. Mr. H.H. Ridley bukan sahaja telah memperkenalkan tanaman getah ke Tanah Melayu, malah dia juga memberi sumbangan besar dalam penanaman getah apabila memperkenalkan kaedah ‘menoreh’ untuk membantu pekebun-pekebun mendapat hasil getah mentah yang lebih banyak berbanding kaedah sebelumnya. Menurut Mr. H.H. Ridley, apabila penoreh melakukan torehan, curam torehan perlulah dilakukan pada sekitar 30agar susu getah mengalir terus ke dalam cawan atau bekas tadahan susu getah. Katanya lagi, torehan yang paling baik adalah sedalam 1 mm daripada kulit pokok getah untuk menghasilkan susu getah yang lebih banyak. Torehan yang terlalu dalam pula akan menghasilkan susu getah yang cair. Ia juga akan merosakkan batang pokok getah itu.
Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, perusahaan getah adalah di bawah seliaan Lembaga Getah dan Institut Penyelidikan Getah (RRIM). RRIM berfungsi untuk menguji keberkesanan tanaman getah, membantu pembangunan dan pemodenan industri getah dalam semua aspek seperti penanaman pokok getah, pemprosesan getah mentah, pembuatan barangan getah dan pemasaran getah dan produk hasil getah. Penanaman getah telah dikomersialkan apabila banyak tanah-tanah di Tanah Melayu pada ketika itu ditanam dengan pokok-pokok getah. Pedagang Inggeris yang nampak potensi getah telah mengambil kesempatan ini untuk membuka ladang-ladang getah di Tanah Melayu. Syarikat asing telah menguasai 70% ladang di Tanah Melayu, diikuti 23% milik peniaga Cina seperti Lee Rubber Estate Ltd dan 7% milik usahawan India. Harga getah asli di Tanah Melayu pada ketika itu semakin meningkat, sehingga pernah pada suatu masa harganya meningkat sekali ganda kesan daripada peperangan yang berlaku di Semenanjung Korea.
Setelah negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, banyak kilang-kilang yang berasaskan getah telah dibangunkan. Pada ketika itu, permintaan getah asli dunia kian melonjak sehingga Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussien telah membuat keputusan untuk membuka penempatan peneroka FELDA, dengan fokus tanaman utamanya adalah getah.
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Pada 1 Julai 1956, di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 (Land Development Ordinance), kerajaan Malaysia telah menubuhkan FELDA, sebuah agensi separa kerajaan yang berfungsi untuk menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah serta pembangunan kawasan yang dimiliki oleh FELDA dan syarikatnya. Di samping itu, FELDA juga ditugaskan untuk menguruskan perkhidmatan ekonomi, sosial, pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan. FELDA juga merupakan badan yang ditugaskan untuk melaksana kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan pentadbirannya terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan.
Sehingga kini, setelah lebih 50 tahun FELDA ditubuhkan, kumpulan FELDA mempunyai 80 syarikat yang aktif. Sebagai sebuah entiti bebas dan tidak bergantung kepada bantuan atau dana daripada kerajaan, apa sahaja pendapatan dan keuntungan yang dijana oleh Kumpulan FELDA akan dikongsi bersama para peneroka FELDA. Pendapatan atau keuntungan ini boleh diperoleh dalam bentuk pembangunan komuniti, infrastruktur, tanggungjawab sosial korporat, biasiswa, pendidikan, tanaman semula, bantuan kewangan dan sebagainya. Peneroka FELDA juga dapat menikmati pelbagai kemudahan pinjaman tanpa faedah seperti pinjaman perumahan. Tanah yang diteroka juga akan menjadi hak milik mereka sendiri. Selain itu, dengan penyenaraian FELDA Flobal Ventures FGV di bursa saham Malaysia, setiap peneroka juga berpeluang menerima saham dan keuntungan bagi setiap saham yang diperoleh. Perubahan-perubahan yang dilakukan FELDA semenjak beberapa tahun lalu adalah bagi memenuhi keperluan komuniti FELDA sendiri yang juga berubah mengikut peredaran semasa.
Beberapa statistik daripada pihak FELDA berkaitan dengan getah adalah seperti yang berikut:
  • Bagi tahun 2010, keluasan tanah bertanam getah untuk FELDA adalah seluas 65,932 hektar kedua terbesar selepas RISDA (587,225 hektar). Jumlah keseluruhan tanah bertanam getah untuk tahun 2010 pula adalah seluas 948,590 hektar, yang merangkumi tanah milik RISDA, FELDA dan FELCRA.
  • Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh FELDA bertarikh 21 Mac 2012, bilangan peneroka getah teramai adalah di Johor iaitu seramai 3,158 orang. Kedah pula mempunyai peneroka seramai 3,077 dan Pahang pula seramai 2,623 orang.
  • Mengikut statistik pengeluaran getah di bawah Rancangan FELDA bagi tahun 2009 pula menunjukkan negeri terbanyak mengeluarkan getah untuk tahun 2009 adalah Negeri Sembilan (19,454 tan metrik), diikuti Kedah (11,688 tan metrik) dan Johor (10,504 tan metrik).
  • Terdapat lima destinasi utama eksport produk getah negara ketika ini iaitu di China, Amerika Syarikat, Jerman, Jepun dan Brazil yang membentuk 58 peratus daripada jumlah eksport.
Penanaman Getah Di Malaysia
Pokok getah adalah sejenis tumbuhan tropika dan termasuk dalam tanaman jangka panjang atau tanaman saka. Jangka hayat untuk pokok getah mengeluarkan hasil adalah antara 30 hingga 40 tahun. Pokok getah akan meluruhkan daun setiap 1-2 tahun sekali dan digantikan dengan daun baru. Biji getah yang cukup matang akan meletup dan menggugurkan bijinya yang kemudian akan bercambah. Pokok getah bukan sahaja diusahakan untuk penghasilan susu getah sahaja tetapi kini batang getah merupakan komoditi penting di Malaysia bagi menghasilkan perabot kayu getah yang sangat cantik dan berharga.
Kini pokok getah telah banyak ditanam di negara-negara Asia Tenggara terutamanya di Malaysia dan Indonesia. Malaysia merupakan pengeluar getah yang utama di dunia selepas Indonesia dan Thailand. Perusahaan kereta menggunakan tayar getah asli telah menyebabkan permintaan getah asli dunia semakin meningkat. Pokok getah kini telah menjadi satu industri yang besar di negara-negara ini. 
Masalah Yang Dihadapi
Kebiasaannya FELDA akan melantik kontraktor untuk melakukan program penanaman semula di ladang-ladang getah milik FELDA. Malangnya, terdapat kes kegagalan kontraktor untuk melaksanakan tugas mereka, sehingga berlakunya kelewatan dalam proses tanam semula. Ada peneroka yang terpaksa menunggu sehingga lebih daripada enam tahun selepas anak benih getah ditanam untuk mula menoreh. Ini akan memberi impak daripada segi ekonomi kepada peneroka-peneroka ini. Memang seperti yang kita sedia maklum, sepanjang tempoh penanaman semula, peneroka akan diberikan elaun sara hidup RM1,200 oleh pihak FELDA. Namun, elaun sara hidup ini sebenarnya adalah hutang peneroka kepada FELDA dan perlu dibayar balik selepas getah-getah mereka sudah boleh mengeluarkan hasil. Bagi pihak pengurusan FELDA, untuk mengelakkan perkara ini daripada berulang FELDA telah mengenakan denda ke atas kontraktor yang lewat menyiapkan kerja mereka.
Boleh dikatakan harga getah di Malaysia ini ada naik turunnya. Sekitar akhir tahun 2010, harga getah pernah mencecah RM5.00 sehingga RM6.50 sekilo, tetapi kini jatuh pada harga RM0.90 sehingga RM1.00 sekilo. Di kala harganya naik mendadak, pernah ada pekebun kecil yang memperoleh pendapatan antara RM1,500 hingga RM2,000 sehektar sebulan. Di tanah FELDA sendiri, rata-rata pendapatan sebulan peneroka adalah lebih tinggi daripada guru lepasan ijazah. Ada juga antara peneroka ini yang memperoleh pendapatan mengatasi elaun asas seorang wakil rakyat! Ada guru yang sanggup pergi menoreh pada pukul 4 pagi sebelum memulakan tugas mengajar di sekolah. Semua ingin mengambil kesempatan ke atas kenaikan harga getah pada ketika itu untuk mendapat pendapatan yang lumayan. Fenomena kenaikan harga getah yang berlaku pada masa itu adalah kesan permintaan yang tinggi di pasaran antarabangsa dan pengeluaran yang rendah daripada negara pengeluar terbesar seperti Thailand dan Indonesia yang pada ketika itu mengalami krisis ekonomi dan politik. Di samping itu, ia juga dipengaruhi oleh faktor kenaikan harga bahan bakar petroleum, kepesatan industri pembuatan tayar di China dan industri automotif di India.
Keluasan penanaman getah juga dilihat semakin mengecil, akibat kesan daripada beberapa faktor seperti petani lebih minat untuk menanam kelapa sawit, harga getah yang tidak menentu dan rendah terlalu lama, kekurangan penoreh getah, masa yang lama untuk menunggu pokok getah untuk ditoreh, tanah diubah syarat kepada tanaman lain dan paling kritikal adalah tawaran pembelian kayu getah yang aktif oleh kilang perabot.
Pendapatan negara melalui hasil eksport barangan getah juga dilihat mulai merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini ekoran penggunaan getah tiruan yang ternyata lebih murah berbanding getah asli.  Menyedari keadaan ini pelbagai cara dilakukan  untuk meningkatkan mutu dan kualiti getah.  Dalam waktu yang sama, satu usaha baru dibuat, iaitu mempelbagaikan barangan keluaran hasil pokok getah. 
Kesimpulan
Kini, walaupun harga getah tidak lagi mampu mencapai harga tertinggi yang pernah diperoleh dahulu, namun beberapa langkah baru bagi membantu memulihkan harga pasaran telah pun dipersetujui oleh pakatan negara pengeluar utama komoditi itu, iaitu Malaysia, Thailand dan Indonesia. Antaranya, penarikan balik 300,000 tan getah asli daripada pasaran dan mempercepatkan program penanaman semula seluas 100,000 hektar yang bakal menyebabkan pengurangan eksport sebanyak 150,000 tan. Selain itu faktor cuaca turut akan menyokong harga komoditi itu untuk melonjak pada paras yang tinggi. Jepun juga dilihat antara negara yang berminat untuk mengimport getah asli daripada negara pengeluar utama ini, sejajar dengan pemulihan beransur-ansur industri automotif di negara itu. Beberapa pengeluar kereta utama dunia seperti Nissan juga kini sedang dalam proses meningkatkan pengeluaran unit keretanya susulan pelancaran model barunya. Hal ini dilihat dapat meningkatkan permintaan terhadap getah asli, seterusnya menaikkan harga getah sedunia.
Getah sememangnya dilihat mempunyai potensi yang cukup besar. Penanaman getah diakui sebagai satu perusahaan jangka panjang yang boleh mendatangkan hasil yang berpanjangan. Namun bagaimanapun ia perlukan perancangan dan komitmen yang teliti daripada pelbagai pihak. Jika dahulu industri getah dianggap tidak penting lagi, namun hari ini semua menyedari dan bersetuju bahawa industri getah semakin penting dan boleh menjadi pemacu kepada aktiviti ekonomi negara.

INFORMASI KELAPA SAWIT

Membangun Perkebunan Kelapa Sawit




PENDAHULUAN
A. SAWIT
  • Kelapa sawit adalah tanaman sejenis palma berakar serabut atau monokotil.
  • Bagian tanaman yang bernilai ekonomis adalah buah.
  • Buah tersusun dalam sebuah tandan dan disebut TBS (Tandan Buah Segar ).
  • Satu tandan tanaman dewasa beratnya mencapai 20 – 35 kg,bahkan ada yang mencapai diatas 40 kg,tergantung pada perawatan dan pemupukan tanaman .
  • Tandan tersusun dari 200 – 600 buah @ 20 – 35 gram.
  • Buah diambil minyaknya dengan hasil :
  • Sabut (daging buah / mesocarp) menghasilkan minyak kasar (CPO) 20 – 26 %
  • Inti sawit sebanyak 6 % yang menghasilkan minyak inti (PKO) 3 – 4%
  • Kadar % dihitung dari berat tandan buah segar .
B. UMUR TANAMAN
  •  Umur ekonomis tanaman kelapa sawit yang dibudidayakan umumnya 25 tahun,
  • Tetapi dewasa ini umur ekonomis tanaman bisa mencapai lebih dari 25 tahun.
  • Pada umur diatas umur ekonomis tanaman sudah tinggi sehingga sulit di panen,tandanya sudah jarang sehingga secara perhitungan tidak ekonomis lagi.
  • Pengelompokan berdasarkan umur tanaman adalah sebagai berikut :
  • 3 – 8 tahun : Muda 9 – 13 tahun : Remaja
  • 14 – 20 tahun : Dewasa > 20 tahun : Dewasa
  • Pengelompokan berdasarkan masa berbuah :
  • TBM (Tanaman belum menghasilkan) : 0 – 3 tahun.
  • TM ( Tanaman menghasilkan ) : > 3 tahun.

C. BAHAN TANAMAN
  • Buah tanaman kelapa sawit berupa benih yang sudah dikecambahkan disebut : GS ( Graminated Seed )
  • Sumber resmi benih kelapa sawit antara lain : PPKS, Lonsum, Socfindo, damimas.
  • Setiap pembelian benih tersebut disertai label disetiap kantong dan sertifikatnya.
  • Benih asli dibuat dari hasil persilangan antara jenis Dura (sebagai pohon ibu ) dan Pesifera (sebagai pohon bapak ).
  • Benih asli secara visual tidak dapat dibedakan dengan benih yang tidak asli.
  • Ciri-ciri dari dura fesifera dan tenera dilihat dari buahnya adalah sebagai berikut:
Dura X Pesifera = Tenera
D P T
Ciri-ciri
Dura
Pesifera
Tenera
Ketebalan Cangkang (mm)
2-5
Tidak ada
1-2,5
% Cangkang/buah
20-50 %
-
3-20 %
% Mesocarp/daging buah
20-65 %
92-91 %
60-90 %
% Inti buah
4-20 %
3-8 %
3-15 %
Kadar minyak
rendah
tinggi
Sedang
Kelemahan pesifera secara umum adalah tandanya kecil – kecil dan mengalami aborsi/gugur pada awal perkembanganya. 



D.MORFOLOGI TANAMAN
1. Akar
Tanaman kelapa sawit berkeping satu, sistim perakarannya serabut, akar pertama yang muncul dari biji yang berkecambah disebut Radikula.Radikula selanjutnya akan mati dan digantikan dengan akar-akar primer yang tumbuh dari bahagian bawah batang, kemudian bercabang akar sekunder, tersier, kuarterner.
  • Diameter akar primer 5 – 10 mm
  • Diameter akar sekunder 2 – 4 mm
  • Diameter akar tersier 1 – 2 mm
  • Diameter akar kuarterner 0,1 – 0,3 mm
Akar yang paling aktif menyerap air dan unsur hara adalah akar tersier dan kuarterner berada pada kedalaman 0 – 60 cm dan jarak 2 – 2,5 m dari pangkal pohon.
2. Batang
  • Tanaman kelapa sawit berbatang lurus, tidak bercabang, pada tanaman dewasa diameternya 45 – 60 cm bagian bawah batangnya lebih gemuk yang disebut bonggol, dengan diameter 60 – 100 cm .
  • Pelepah /daun menempel membalut batang .
  • Kecepetan tumbuh 35 – 75 cm / tahun sampai tanaman berumur 3 tahun batang belum terlihat karena masih terbungkus pelepah yang belum ditunas.
  • Pada tanaman berumur 25 tahun tinggi batang mencapai 13 – 18 m.
Perkembangan tinggi batang kelapa sawit yang normal dapat disajikan sebagai berikut.:

Umur
Thn
Tinggi
Meter
Umur
Thn
Tinggi
Meter
Umur
Thn
Tinggi Meter
3
1,6
10
6,7
18
11,3
4
2,2
11
7,5
19
11,5
5
2,6
12
8,4
20
11,9
6
3,8
13
8,9
21
12,2
7
4,5
14
9,8
22
12,4
8
5,4
15
10,0
23
13,0
9
5,7
16
10,5
24
13,3


17
11,0
25
14,0








3. Daun
▪ Tahap perkembangan daun :
  • Lanceolate Daun awal yang keluar pada masa pembibitan berupah helaian daun yang utuh.
  • Bifurcate Bentuk daun dan helaian daun sudah pecah tetapi bagian ujung belum terbuka.
  • Pinnate Bentuk daun dengan helaian daun yang sudah membuka sempurna dengan arah anak daun keatas dan kebawah.
  1. Pada tanaman muda mengeluarkan 30 daun ( umumnya disebut pelepah ) pertahun pada tanaman tua antara 28 – 24 pelepah per tahun.
  2. Panjang pelepah tanaman dewasa 9 m, anak daun 125 – 200 pasang dengan panjang 1 – 1,2 m dengan lebar tengah 6 cm.
  3. Jumlah pelepah yang harus dipertahankan pada tanaman dewasa adalah 40 – 56 pelepah selebihnya dibuang saat panen.
  4. Kedudukan daun pada batang 3/8 artinya pada setiap tiga putaran terdapat 8 daun.
  5. Spiral kiri atau spiral kanan.
  6. Arah putaran dilihat dari arah atas kebawah, dan arah putaran ini tidak ada pengaruhnya terhadap produksi
  1. Bunga
  • Dari setiap ketiak pelepah akan keluar tandan bunga jantan atau betina .
  • Bunga mulai berbunga pada umur ± 14 – 18 bulan
  • Pada mulanya yang keluar adalah bunga jantan kemudian secara bertahap akan muncul bunga betina.
  • Terkadang akan muncul bunga banci yaitu : bunga jantan dan betina ada pada satu rangkaian.
  • Sex ratio yaitu : perbandingan bunga betina dengan keseluruhan bunga (bunga jantan dan bunga betina).
Bunga jantan Bunga betina
  • Terdiri dari 100-250 spikelet Terdiri dari 100-200 spikelet
  • 1 tandan mekar dengan bau Tiap spikelet 15-20 bunga.
  • Yang wangi selama 2-4 hari.

  1. Buah
  • Umumnya yang ditanam adalah varietas nigrescen, dengan warna buah ungu kehitaman saat mentah.
  • Buah akan matang 5-6 bulan setelah penyerbukan dan warnanya berubah menjadi orange, berat tandan dan ukuran buah bervariasi tergantung umur tanaman, kesuburan tanah dan pemeliharaan .
  • Perkembangan jumlah dan berat tandan disajikan sebagai berikut:
Perkembangan jumlah dan berat tandan
Umur ( tahun )
Jumlah tandan/pkk/tahun
Berat kg / tandan
3 – 8 tahun
15 – 25 tandan / tahun
3,5 – 13 kg / tandan
8 – 16 tahun
10 – 15 tandan / tahun
14 – 24 kg / tandan
> 16 tandan
4 – 8 tandan / tahun
25 – 35 kg / tandan
E. LINGKUNGAN TUMBUH
Lingkungan tumbuh yang penting diperhatikan adalah iklim, keadaan fisik, dan kesuburan tanah, berdasarkan faktor ini kelas kemampuan lahan digolongkan menjadi 4 kelas : S1, S2, S3, dan N1 (sangat sesuai, agak sesuai, tidak sesuai, tidak sesuai bersyarat).
No
Description
S1
S2
S3
N1
1
Letak& tinggi tempat
0 – 400
0 – 400
0 – 400
0 – 400
2
Bentuk wilayah :
- Topografi
- Lereng
- Penggenangan
- Drainase
Datar berombak
0 – 15
Tidak ada
Baik
Bergelombang
16 – 25
Tidak ada
Sedang
Berbukit
25 – 36
Tidak ada
Agak terhambat
Curam
>36
Sedikit
Terhambat
-
3
Tanah
Kedalaman/solum
- Bahan organik
- Tekstur
- Batuan
Penghambat %
- Kedalaman air tnh
- Ph
> 80 cm
5 – 10 cm
Lempung,lemp
Liat,
<>
> 80
5 – 6
80 cm
5 – 10 cm
Liat berpasir
Liat
3 – 15
60 – 80
4,5 – 5
60-80 cm
5 – 10 cm
Pasir,debu
Berlemp.
15 – 40
50 – 60
4 – 4,5
-
<>
<>
Liat berat,
Berpasir
> 40
40 – 50
4
Iklim
- Curah hujan
- Defisit air
- Temperatur (˚C)
- Penyinaran (jam)
- Kelembaban %
- Angin
- Bulan kering
2000-2500
0 – 150
22 – 26
6
80
Sedang
0
1800 – 2000
150 – 250
22 – 26
6
80
Sedang
0 - 1
1500-1800
250-400
22- 26
6
80
Sedang
2 – 3
<>
> 400
22-26
<>
80
Kencang
3






F. PRODUKTIFITAS
Produktifitas tanaman kelapa sawit jenis Tenera secara umum pada kelas lahan ,S1,S2,S3,N1 adalah sebagai berikut :
Umur
(Thn)
Kelas lahan S1
Kelas lahan S2
Kelas lahan S3
T
RBT
TBS
T
RBT
TBS
T
RBT
TBS
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
22
19
19
16
16
15
14
13
12
12
11
10
9
8
8
7
7
6
6
5
5
4
4
3,2
6,0
7,5
10,0
12,5
15,1
17,0
18,5
19,6
20,5
21,1
22,5
23,0
24.5
25,0
26,0
27,5
28,5
29,0
30,0
30,5
31,9
32,4
9
15
18
21
26
30
31
31
31
31
31
30
28
27
26
25
24
23
22
20
19
18
17
18
18
17
15
15
15
13
12
12
11
11
10
9
8
8
7
7
6
6
5
5
4
4
3,0
6,0
7,0
9,4
11,8
13,2
16,5
17,5
18,5
19,5
20,0
21,8
23,0
23,1
24,1
25,2
26,4
27,8
28,6
29,4
30,1
31,0
32,0
7
14
16
18
23
26
28
28
28
28
28
27
26
25
25
24
22
22
22
19
18
17
16
17
17
16
15
15
15
13
12
12
11
10
10
9
8
7
7
6
5
5
5
4
4
4
3
5
7
8,5
11,1
13,0
15,5
16,0
17,0
18,5
20,0
21,0
21,0
22,0
23,0
24,0
25,0
27,0
27,0
28,0
29,0
30,0
34,0
7
12
14
17
22
25
26
26
26
26
26
25
24
24
22
21
20
19
18
17
16
15
14
Rata2
11
21
24
10
20
22
10
19
20
Keterangan:
T = Jumlah tandan/phn/tahun RBT = Rata – rata berat tandan
TBS = Tandan TBS/Ha/tahun
Tetapi walaupun demikian produksi tanaman kelapa sawit masih dapat di tingkatkan lagi diatas produksi secara umum, yaitu dengan peningkatan kebutuhan pupuk dan peningkatan perawatan.