Sunday, August 24, 2014

HARI PENEROKA FELDA 2014 DI STADIUM MINI JASIN MELAKA

JASIN – Warga Felda Wilayah Segamat ketika ini sedang menantikan kehadiran Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak bagi menyambut Hari Peneroka 2014.
Hari Peneroka pada tahun ini disambut di Stadium Mini, Jasin, Melaka dan dianggarkan seramai lebih dari 30,000 warga Felda yang hadir.
Ketibaan Najib dijangkakan pada jam 2.00 petang.
FELDA Mata Air di Alor Setar, Kedah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai pemenang Anugerah Keceriaan Kampung FELDA (AKKF), sekali gus menerima hadiah wang tunai berjumlah RM1 juta pada sambutan Hari Peneroka FELDA kebangsaan 2014 di Stadium Jasin, sebentar tadi.
Hadir sama, Ketua Menteri , Datuk Seri Idris Haron dan Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Samad.
Anugerah ini diadakan berdasarkan mandat Perdana Menteri yang menyarankan supaya perkampungan FELDA diberikan wajah baru dan menjadi model perkampungan terbaik.
Perwajahan baru ini meliputi aspek kebersihan kawasan kampung, sistem pelupusan sampah, penyelenggaraan kawasan awam, rumah peneroka, landskap yang menarik, pemasangan lampu jalan dan kualiti komuniti.




x

No comments:

Post a Comment