Wednesday, March 1, 2017

LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA MPOB

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (LMSM atau MPOB) merupakan badan yang bertanggungjawab merancang, menyelidik dan membangunkan industri minyak sawit dan kelapa sawit di Malaysia. LMSM terletak di bawah pentadbiran Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia ditubuhkan pada 1 Mei 2000 hasil gabungan Institut Penyelidikan Minyak Sawit Malaysia (PORIM) dengan Lembaga Pendaftaran dan Pelesenan Minyak Kelapa Sawit (PORLA)[1] [2]. PORIM telah diwujudkan pada awal tahun 1979 di bawah Kementerian Perusahaan Utama Malaysia untuk merancang dan melaksanakan penyelidikan berkaitan dengan minyak sawit. PORLA pula terlibat dalam usaha pemasaran dan pengawalan minyak sawit

TEKNOLOGI MANUAL MENANAM KELAPA SAWIT

PENDAHULUAN:

Kelapa sawit sesuai ditanam di kawasan tanah yang gembur, tanah liat gembur dan tanah gambut (kurang dari satu meter dalam).
Tanah gambut (lebih satu meter dalam), tanah masam dan tanah paya adalah kurang sesuai bagi tanaman kelapa sawit. Walau bagaimanapun dengan pengurusan sistem pengairan dan pembajaan yang sempurna, jenis-jenis tanah ini boleh juga ditanam dengan kelapa sawit dengan jayanya.

PERLAKSANAAN KERJA:
Kerja-kerja pembersihan, pembarisan dan penanaman kacang penutup bumi dikawasan ladang hendaklah disempurnakan sebelum menanam anak-anak pokok kelapa sawit.
Pembersihan: Kerja-kerja membersih ladang hendaklah mengambilkira kos bunuh dan jentera, keadaan tanah (curam atau rata), hutan atau kawasan tanam semula.
Adalah penting operasi pembersihan ladang dijalankan serentak dengan masa anak benih dapat diperolehi dari pembekal. Jika mempunyai tapak semaian sendiri, masa penyediaan ladang hendaklah disesuaikan dengan masa mengeluarkan anak benih yang telah cukup matang untuk ditanam diladang. Perancangan jadual kerja adalah amat mustahak untuk kejayaan penanaman diladang.
Pembarisan: Barisan tanaman dibuat mengikut arah Utara-Selatan supaya pokok-pokok mendapat cahaya matahari yang maksima.
Kekacang penutup bumi: Menanam kekacang penutup bumi dilakukan setelah kerja-kerja pembarisan selesai dilaksanakan. (Kawasan gambut tidak perlu tanam kekacang).
Penutup bumi adalah untuk:
  • Mengawal hakisan
  • Memperbaiki status zat pemakanan dalam tanah, khususnya Nitrogen
  • Memelihara kelembapan tanah
Tiga jenis kekacang penutup bumi yang biasa ditanam adalah:
  • Centrosema pubescens
  • Pueraria phaseoloides
  • Calopogonium mucunoides/caeruleum
Benih kekacang boleh dibeli dari pembekal-pembekal swasta manakala kompos rhizobium boleh dibeli di Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM). Kaedah ringkas menanam kekacang penutup bumi adalah seperti berikut:
  • Umumnya campuran 10g kompos rhizobium dengan 10kg biji benih kekacang digunakan.
  • Campuran tersebut ditabur didalam jalur yang selari diantara 2 barisan pokok kelapa sawit.
  • Jarak diantara jalur-jalur adalah 2 meter.
  • Contoh kadar campuran biji benih kekacang adalah seperti berikut:-

Kekacang Kg/ha
Centrocema pubescens 4.0
Pueraria phaseoloides 1.1
Calopogonium caeruleum 0.6

  • Baja campuran N:P:K:Mg (15:15:6:4) digunakan sebagai baja asas dengan kadar 56 kg/hektar.
  • Tabur baja debu Fosfat (seperti CIRP) pada kadar 560 kg sehektar mengikut jadual berikut:
  • Pengawalan rumpai dan serangga perosak diperlukan dengan mengguna racun-racun yang sesuai jika hendak memperolehi tanaman kacang yang baik.

Penanaman
Penanaman: Anak benih sawit yang telah berumur 12-15 bulan ditapak semaian adalah sesuai untuk ditanam. Kaedah ringkas penanaman adalah seperti berikut:-
  • Lubang Tanaman disediakan 2-3 minggu sebelum menanam. Ukuran lubang mesti dilebihkan dari ukuran polibeg supaya penanaman mudah dijalankan. Tanah lapisan bawah dan lapisan atas diasingkan.
     
  • Taburkan 150g - 200g baja Fosfat didalam lubang.
     
  • Buangkan/Tanggalkan polibeg sebelum anak benih ditanam. Masukkan anak benih kedalam lubang yang telah disediakan.
     
  • Lubang dikambus dengan tanah lapisan atas dahulu dan diikuti dengan tanah lapisan bawah supaya buku-pangkal pokok berkeadaan sama rata dengan permukaan tanah.
     
  • Anak benih hendaklah berkeadaan tegak selepas ditanam.
     
  • Mampatkan tanah disekeliling pokok dengan tidak merosakan akarnya.
     
  • Masa menanam hendaklah pada musim hujan dan elakkan dari menanam pada musim kemarau.
     
  • Lazimnya, jarak tanaman yang dipilih adalah 9 meter tiga segi yang memberi 136 pokok pada 1 hektar. Kepadatan pokok sehektar dengan jarak tanaman yang berbeza adalah seperti jadual dibawah:
     

JarakJumlah Pokok
Meter (Kaki)Hektar (Ekar)
8.5 (28)160 (65)
8.7 (29)148 (60)
9.0 (30)136 (55)
  • Sulam pokok-pokok yang mati apabila menjalani pemeriksaan sekurang-kurangnya 6 bulan selepas menanam.

Tanaman selingan:
Kacang tanah, jagong dan lain-lain tanaman kontan atau sayur-sayuran boleh ditanam sebagai selingan dalam masa tiga tahun pertama selepas pokok sawit ditanam.
Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan tanaman selingan ialah:
  •  Tanaman itu memberi keuntungan dalam masa tiga tahun.
     


  •  Tanaman itu tidak memberi persaingan yang boleh menjejaskan
    kesuburan pokok kelapa sawit dari segi zat-zat pemakanan, air dan cahaya matahari.

  • Ada pasaran atau mudah memasarkan hasil tanaman selingan

PENJAGAAN
  • Mencantas
    Apabila pokok di ladang berumur 18 bulan, mana-mana pelepah yang terlalu rendah hendaklah dicantas untuk menyenangkan kerja merumput.  Bagi lepepah-pelepah yang menyokong tandan-tandan buah jangan sekali-kali dicantas sehingga tiba masa memungut buah. 
     
  • Mengawal rumpai
    Merumput di sekeling perdu pokok dengan cangkul atau tajak, 1-2 bulan sekali semasa pokok belum besar adalah disyorkan.  Semasa merumput, pelepah-pelepah daun jangan dirosakkan.  Rumput-rumput diantara barisan boleh dikurangkan atau dimusnahkan dengan menanam kekacang penutup bumi atau menjalankan 'selective weeding' dengan menggunakan racun rumpai yang sesuai. Rumpai 'nonxious' perlu dibuang 3 bulan sekali.
     
  • Membaja
    Panduan membaja kelapa sawit di kawasan tanaman daripada beberapa siri tanah adalah seperti berikut:-
    Tanah Asal Setempat (Sedentary Soils)(Jerangau, Rengam, Katong, Segamat, Bungor, Munchong, Durian, Jempol, Klau, Siri Kedah)
    Di lubang tanaman:  0.5 kg (1 paun) CIRP
     

    BAJA BAGI SEPOKOK
    TahunBulan Ammonia SulphateCIRPPotash MuriateKieserite
    gmozgmozgmoz
    gm
    oz
    14
    8
    12
    18
    113
    170
    227
    283
    4
    6
    8
    10
    -
    -
    907
    -
    -
    -
    32
    -
    _
    113
    -
    227
    -
    4
    -
    8
    -
    113
    -
    170
    -
    4
    -
    6
    224
    30
    340
    397
    12
    149
    907
    -
    32
    -
    227
    454
    8
    16
    170
    227
    6
    8
    336
    42
    454
    454-680
    16
    16-24
    -
    -
    -
    -
    454
    907-136
    16
    32-48
    227
    227-340
    8
    8=12
    548454-68016-241134-158840-56907-13632-48227-3408-15
    Pokok telah besar1.4-23.kg3-4 lb1.6-2.0 kg3.5-4.5 lb2.7-3.6 kg6-8 lb0.9-1.4 kg2-3 lb

    Tanah Pesisir (Coastal Soils)
    (Kangkong, Selangor, Parit Botak, Siri Selangor) 
    Di lubang tanaman:  227 g (8 oz) CIRP + 0.9 kg (2 lb) GML

    BAJA BAGI SEPOKOK
    TahunBulan Ammonia SulphateCIRPPotash MuriateKieserite
    gmozgmozgmoz
    gm
    oz
    14
    8
    12
    18
    57
    85
    113
    142
    2
    3
    4
    5
    -
    -
    454
    -
    -
    -
    16
    -
    -
    113
    -
    -
    -
    4
    -
    -
    -
    45
    -
    -
    -
    16
    -
    -
    224
    30
    170
    198
    6
    7
    454
    -
    16
    -
    227
    -
    8
    -
    454
    -
    16
    -
    336
    42
    227
    227
    8
    8
    454
    -
    16
    -
    454
    -
    16
    -
    907
    -
    32
    -
    448227845416907321,36148
    Pokok telah besar0.7-0.9.kg1.5-2.0 lb0.5-0.9 kg1-2 lb1.4-1.8 kg3-4 lb1.4-1.8 kg3.4

    Peringatan:
    a.Baja Urea atau Ammonium Nitrate boleh juga digunakan dengan kadar yang berpatutan untuk jenis tanah asal setempat (Sedentary soils) selain dari baja Sulphate of Ammonia.
    b.Untuk jenis tanah pesisir (Costal soils), baja Ammonium Nitrate bukannya ammonium Sulfate boleh juga digunakan selain dari Urea, terutama untuk siri Parit Botak dan 'Selangor Shallow Phase'.
    c.Bagi pokok yang telah besar, pembajaan boleh dibahagi sama rata dan digunakan dalam bulan Mac dan September.
    d.Kapur (GML) hendaklah dibubuh dalam masa satu atau dua bulan sebelum / selepas pembajaan.
    e.Baja sebatian (compound fertilizers) boleh juga diguankan dengan kadar yang berpatutan selain daripada baja tunggal (straight fertilizers).
    Tanah Gambut Dalam dan Cetek (deep and shallow peat)
    (Kangkong, Selangor, Parit Botak, Siri Selangor
    Di lubang tanaman28 gm (1 oz) Copper Sulfate
    113 gm (4 oz) CIRP
    227 gm (8 oz) serbuk batu kapur GML
    Di sekeliling lubang tanaman0.5 kg (1 lb) CIRP
    3 kg (6 oz) serbuk batu kapur
    Pada tahun pertama menanam

    Jenis Baja
    Banyak Baja / PokokJumlah
    MacJunSeptemberDisember
      Urea113 gm (4 oz)170 gm (6 oz)113 gm (4 oz)170 gm (6 oz)567 gm (20 oz)
      Muriate of Potash-227 gm (8 oz)-453 gm (16 oz)680 gm (24 oz)
      Copper Sulfate---85 gm (3 oz)85 gm (3 oz)
      Zinc Sulfate---85 gm (3 oz)85 gm (3 oz)
      Borate---85 GM (3 oz)85 gm (3 oz)
    Untuk tahun seterusnya

    Jenis Baja
    Banyak baja penyak (Major Fertilizer) Pokok / Tahun
    KeduaKetigaKeempat dan Pokok Besar
      Urea0.9 kg (2 lb)1.1 kg (2.5 lb)1.1 - 1.8 kg (2.5 - 4.0 lb)
      Muriate of Potash1.4 kg (3 lb)2.3 kg (5 lb)2.3 - 2.2 kg (5.0 - 7.0 lb)
      Bunch Ash2.7 kg (6 lb)4.5 kg (10 lb)4.5 - 5.5 kg ( 10.0 - 12.0 lb)
      Rock Phophate0.5 kg (1 lb)0.9 kg (2 lb)0.9 - 1.4 kg (2.0 - 3.0 lb)
      Serbuk batu kapur3.6 kg (8 lb)3.6 kg (8 lb)-
    Banyak baja peket (trace fertilizer) pokok / tahun
      Copper sulfate85 gm (3 oz)85 gm (3 oz)Jika perlu
      Zinc sulfate85 gm (3 oz)85 gm (3 oz)Jika perlu
      Borate 48113 gm (4 oz)170 gm (6 oz)Jika perlu
Terdapat banyak musuh dan penyakit menyerang kelapa sawit tetapi kerosakannya tidaklah begitu teruk.  Kerosakan mestilah dikesan lebih awal lagi supaya tindakan mengawalnya dapat diambil dengan segera. 

Penyakit dan penyebabnya adalah seperti berikut:-
  • Bintik daun (Curvelaria maculans, Helminthosporium incurvatum dan Pestalothipsis palmarum)
    Serangan berlaku di peringkat semaian.  Bintik-bintik berwarna perang berbentuk bulat atau bujur dengan lingkaran berwarna kuning pada daun yang diserang.  Jarangkan anak benih di tapak semaian agar terdapat pengudaraan.  Sembur dengan racun kulat seperti ziram atau propineb.
  • Hawa bebenang putih (Marasmiellus semiustus)
    Menyerang anak benih. Pucuk mati sebelum keluar sabut.  Sekiranya menyerang selepas pucuk keluar pokok kelihatan layu dan terdapat maisilium putih pada pangkal pokok.  Jaga kebersihan dan saliran di tapak semaian.
  • Antraknos (Botryodiplodia spp,   Melanconium spp.  dan Glomerella spp.)
    Menyerang anak benih di peringkat semaian.  Bintik-bintik perang dikelilingi oleh lingkaran kuning.    Semburkan dengan racun kulat seperti mancozeb.
  • Karah daun (Phthium spp. dan Rhizoctonia spp.)
    Daun bertukar warna dari hijau tua kepada hijau kekuningan kemudainnya perang.  Akar dan pangkal yang diserang menjadi reput.  Pastikan tanah mempunyai imbangan baja yang sesuai,  bekalan air yang mencukupi, naungan yang optima dan kurangkan kejutan semasa pemindahan anak benih.  Semburkan dengan racun kulat seperti thiram, captan atau ziram.
  • Reput pangkal batang (Ganoderma boninense)
    Pucuk yang diserang tidak mengembang dan pelepah tua akan patah.  Jika pangkal dibelah, kelihatan tisu yang reput dan berbau busuk.  Pokok yang diserang biasanya akan mati dalam masa 6-12 bulan.    Musnahkan sisa tunggul kelapa dan kelapa sawit sebelum penanaman.  Pokok yang dijangkiti hendaklah dibakar atau diracun dengan cyprononazole atau difenoconazole.
  • Reput perdu (Colletotrichum spp. dan Fussarium spp.)
    Pucuk yang tidak mengembang, pertumbuhan terbantut dan pelepah yang melentur ke bawah.  Kadang-kadang ia patah di tengah pelepah.  Lidi daun akan patah menyebabkan daun terkulai jatuh.  Jaga kebersihan ladang.  Pastikan pembajaan yang sempurna.  Guna anak benih bebas penyakit.
SERANGGA PEROSAK


MEMUNGUT HASIL
Bila berumur antara 36-50 bulan, kelapa sawit telah mula mengeluarkan hasil pertama.  5 1/2 - 6 1/2 bulan dari masa pendebungaan, maka buah kelapa sawit telah cukup masak.  Apabila didapati 40-60 biji buah kelapa sawit dari satu mayang yang dianggar beratnya 9-14 kg (20-30 lb) atau 2 biji buah gugur ke tanah, maka mayang-mayang ini telah sesuai dipotong.  Ini adalah panduan yang senang digunakan dan yang diamalkan di ladang-ladang kelapa sawit.  Kelewatan atau terlalu awal memungut hasil boleh menyebabkan pengurangan kandungan minyak dan juga menurunkan mutu minyak.  Pusingan mengutip hasil bagi peringkat permulaan ialah tiap-tiap 10 atau 15 hari sekali tetapi apabila hasil mencapai paras ekonomik, maka pusingan mengutip hasil ialah tiap-tiap 5 hari.
Pendebungaan berbantu
Pendebungaan berbantu perlu dibuat dalam masa 6 bulan sebelum tarikh pengeluaran hasil yang ekonomik.  Ia perlu dilakukan tiap-tiap 3 hari (9-10 pusingan sebulan).  Ini adalah lebih mustahak bagi kawasan yang selalu hujan.  Tiap-tiap bunga betina perlulah didebungakan dengan debunga yang tulin dengan menggunakan alat menyembur khas.  Debunga perlulah disembur terus kepada bunga betina yang sedang kembang.
Ternakan
Haiwan ternakan terutamanya kambing biri-biri mempunyai potensi yang baik untuk diternakkan diladang kelapa sawit. Disamping menambahkan hasil dari jualan ternakan, ia dapat juga mengurangkan kos pengawalan rumpai.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :
Bahagian Biologi
Institut Penyelidikan
Minyak Kelapa Sawit Malaysia
Peti Surat 10620,
50720 Kuala Lumpur
Tel: 03-8259155/8259775, Teleks: MA 31609, Telefax: 03-8259446
Dipetik dari risalah Institiut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM), Kementerian Perusahaan Utama Malaysia, 1992.

KOPERASI PENEROKA FELDA KEMENDOR EJEN BANK BSN

Ejen Bank Berdaftar (EB) BSN


Di mana sahaja anda berada di Malaysia, Ejen Bank Berdaftar (EB) BSN bersedia untuk
membantu anda melakukan transaksi perbankan dengan lebih mudah dan cepat. Tiada
tempat terlalu jauh atau terpencil. Hanya cari sahaja ejen kami yang sah berhampiran anda.


Bagaimana EB BSN Berfungsi?


 »Pelanggan pergi ke EB BSN yang sah dan minta untuk membuat transaksi.
 »EB BSN menggunakan terminal P.O.S untuk memproses transaksi.
 »Pelanggan mengesahkan Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) dan cap jari di terminal POS.
 »EB BSN meneruskan proses  transaksi.
 »Resit akan dikeluarkan apabila transaksi berjaya dilaksanakan.


Perkhidmatan yang Ditawarkan

 »Deposit Tunai
 »Pengeluaran Tunai
 »Pembayaran Bil
 »BSN SSP
 »Pembayaran Tanpa Tunai
 »Tambah Nilai Prabayar
 »Pembukaan Akaun GIRO / GIRO-i


Manfaat

 »Tiada caj tambahan.
 »Kos efektif dan menjimatkan masa – ada di kedai-kedai runcit berhampiran anda.
 »Akses mudah – perkhidmatan sedia ada walaupun di tempat terpencil di seluruh negara.
 »Transaksi mudah dan waktu operasi yang panjang.

Baka Kelapa Sawit Terkini Untuk Meraih Hasil Yang Tinggi




Tuesday, August 26, 2014

Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

(TMP-JPK)

Mengenai TMP-JPK

TMP telah diwujudkan di bawah Akta Acara Kewangan 1957 dalam tahun 1985 bertujuan membantu koperasi dalam penyediaan dana untuk melaksanakan projek yang berdaya maju.


Siapa Yang Layak Memohon

Semua koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 (Akta 502) yang diselia oleh SKM layak memohon.

Syarat Kelayakan Memohon

Syarat-syarat permohonan adalah:

i. Koperasi berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia;

ii. Koperasi telah didaftarkan tidak kurang daripada 18 bulan dan akaunnya telah diaudit;

iii. Projek yang akan dilaksanakan adalah berdaya maju (viable);

iv. Pentadbiran dan pengurusan koperasi mematuhi Akta Koperasi 1993, Peraturan-peraturan Koperasi 1995 dan Undang-undang Kecil Koperasi;

v. Pengurusan perakaunan adalah teratur dan dikemaskini dan penyata kewangan semasa telah diaudit dan;

vi. Projek yang akan dibiayai memberi manfaat kepada anggota-anggota dan koperasi.


Jenis-Jenis Pinjaman/ Pembiayaan


i. Modal Pusingan
a. Pengguna;
b. Pekerja-pekerja kontrak;
c. Perkhidmatan;
d. Ar-Rahnu/ Kredit.

ii. Pembangunan Hartanah
a. Pinjaman Sementara (Bridging Finance);
b. Bayaran Premium;
c. Kos Pembangunan.

iii. Pemilikan Harta
a. Membeli Tanah/ Bangunan/ Kilang;
b. Ubah suai/ baik pulih;
c. Pembinaan bangunan.

iv. Pengangkutan (Pembelian Kenderaan)
v. Asas Tani
vi. Pertanian
vii. Perindustrian
viii. Mesin/ Jentera

Pembiayaan/ Pinjaman Yang Ditawarkan
Bil. Jenis Pembiayaan Jumlah Pembiayaan Tempoh
Pembiayaan
(Maks. Tahun)
1. Tanpa Cagaran ≤ RM50,000 5
2. Bercagar RM50,001 ≤ RM10 juta 20


Kriteria Permohonan Yang Dipertimbangkan
i. Untuk membiayai projek ekonomi yang dilaksanakan dan dimajukan oleh koperasi sendiri.
ii. Wang pembiayaan hendaklah digunakan bagi tujuan seperti mana yang diluluskan.
iii. Sebarang perubahan tujuan penggunaan perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah TMP terlebih dahulu.


Kriteria Permohonan Yang Tidak Dipertimbangkan
i. Permohonan pembiayaan untuk membiayai projek yang dilaksanakan oleh anak syarikat koperasi, atau pihak lain.
ii. Permohonan pembiayaan untuk tujuan pelaburan dalam saham.
iii. Permohonan pembiayaan untuk membiayai projek yang bertentangan dengan Hukum Syariah.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia Tawar Tabung Modal Pusingan


KUALA LUMPUR 1 Mei - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berkata, hanya sejumlah 7.5 peratus atau 613 daripada 8,300 koperasi di seluruh Malaysia pasif, kata Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Md. Yusof Samsuddin.Beliau berkata, jumlah itu amat kecil dan tidak membimbangkan.

Md. Yusof berkata, pihaknya berusaha memulihkan koperasi yang pasif itu melalui beberapa langkah agresif.

Katanya: ''Salah satu langkahnya yang dilakukan adalah melakukan pemeriksaan usaha wajar (DDE) terhadap mereka untuk menilai kedudukan kewangan dan pengurusan koperasi. Ia penting sebagai usaha mengatasi sebarang kelemahan dan seterusnya memberikan penarafan kepada koperasi.

''DDE telah menyumbang kepada pembangunan kapasiti yang mana beberapa koperasi dipulihkan semula melalui pelantikan pentadbir atau perunding.

''Selain menggunakan kaedah DDE, bagi membantu koperasi yang tidak aktif ini, SKM menawarkan khidmat nasihat, bimbingan dan latihan kepada Anggota Lembaga Koperasi (ALK). Di samping itu, SKM menawarkan bantuan kewangan kepada koperasi yang layak,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Sehingga Mac lalu, sebanyak 8,300 koperasi berdaftar dengan SKM.

Md. Yusof menjelaskan tiga punca sesebuah koperasi menjadi pasif iaitu tadbir urus yang tidak cekap, tiada perniagaan atau aktiviti dan kekurangan modal.

Oleh sebab itu, SKM telah menawarkan bantuan dalam bentuk nasihat dan bimbingan serta bantuan pinjaman kepada koperasi-koperasi bermasalah.

Katanya, SKM menawarkan Tabung Modal Pusingan (TMP) kepada koperasi-koperasi yang memerlukan.

Pada tahun lalu, sebanyak RM118 juta telah diagihkan kepada 167 koperasi sehingga 31 Disember tahun lalu.

Menurut Md. Yusof, kadar faedah yang ditawarkan juga rendah iaitu dua hingga enam peratus daripada nilai pinjaman.

''Pinjaman telah meningkat setiap tahun sejak 2008, sekali gus menunjukkan perkembangan yang baik dalam industri koperasi dan ia berada di landasan yang betul,'' katanya.

Beliau menambah, pinjaman tidak berbayar (NPL) SKM setakat 31 Disember 2011 juga terkawal iaitu 8.6 peratus.

Katanya, kerajaan telah memperuntukkan geran pinjaman berjumlah RM120 juta melalui SKM untuk diagih-agihkan pada sepanjang tahun ini dan sehingga Mac lalu, RM60 juta telahpun dikeluarkan.

Sejak 1985, sebanyak RM796.9 juta nilai pinjaman telah diluluskan dengan RM421 juta baki pinjaman perlu dikutip semula.

Monday, August 25, 2014

SMART STREAM PETROL STATION

ARKIB : 24/04/2012

Petrol Smart terkenal di luar bandar

BERA 23 April - Smart Stream Resources Sdn. Bhd. (SSRSB), sebuah syarikat pembekalan minyak petrol dan diesel mungkin nama yang asing bagi mereka yang menggunakan bahan bakar kenderaan dari jenama syarikat bertaraf antarabangsa yang mendominasikan bekalan petroleum di negara ini.
Bagaimanapun, penduduk luar bandar terutamanya di tanah rancangan Felda dan Felcra, minyak petroleum jenama Smart sudah tidak asing lagi kerana ia menjadi sumber bekalan kepada mereka menerusi stesen minyak yang dikendalikan oleh koperasi peneroka dan peserta Felcra.
Menurut Pengarah Urusannya, Mohd. Khairuddin Saimon, SSRSB yang ditubuhkan pada 2003 adalah syarikat yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi membekalkan minyak di kawasan tanah rancangan Felda dan Felcra.
Katanya, penubuhan syarikat itu bertujuan mengatasi masalah ketiadaan bekalan bahan bakar di kawasan luar bandar kerana tidak wujud stesen minyak utama seperti Shell, Petronas, Esso, Mobil dan Caltex berikutan permintaan yang sedikit.
''Bagi mengatasi masalah itu, kerajaan melalui kementerian tersebut melantik beberapa syarikat membekalkan bahan api itu kepada penduduk luar bandar dan SSRSB diberi tanggungjawab memenuhi petrol dan diesel di luar bandar.
''Kami mendapat bekalan tersebut daripada minyak utama dunia, Exxon melalui anak syarikatnya di negara ini iaitu Esso (M) Berhad," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian stesen minyak mini Smart dan kedai Koop 1Malaysia oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Felda Purun dekat sini, semalam.
Jelasnya, selain membekalkan bahan petroleum termasuk minyak pelincir kereta dan motosikal, SSRSB turut menjadi jururunding, pemaju dan membuat reka bentuk serta membina stesen minyak mini.
Katanya, setakat ini syarikatnya telah membina 52 stesen minyak mini di seluruh negara dan 39 stesen minyak itu di miliki dan diusahakan oleh koperasi dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
"Sebelum kehadiran SSRSB, kebanyakan stesen minyak itu dijalankan oleh koperasi setempat tetapi kurang terurus dan keadaannya daif serta tidak mendapat kelulusan berkaitan Akta Pembangunan Petroleum, lesen runcit dan timbang sukat.
"Setelah stesen minyak berkenaan dinaik taraf dan penjenamaan semula oleh SSRSB, ia bukan sahaja kelihatan ceria dan menarik, malah jualan petroleum meningkat antara 20 hingga 50 peratus dan menyumbang pendapatan tahunan koperasi antara 40 hingga 60 peratus," katanya.
Katanya, sehingga kini 26 stesen minyak mini jenama Smart dinaik taraf dengan dilengkapi kedai serbaneka yang dikenali sebagai 'S' mart, koop mart dan kemudahan bayaran bil setempat.
''Dengan adanya kemudahan seperti itu, penduduk luar bandar mendapat manfaat yang amat besar tanpa perlu bersusah payah ke bandar yang jauh bagi mengisi minyak sambil mengurus bayaran bil dan pengeluaran wang di stesen minyak tersebut," katanya.